A Pitch Black Double Bill: Sukmah & Jalud

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Buat kali pertamanya, Laman Artisan Theater Production kembali dengan, bukan 1, tapi 2 karya dengan hanya 1 harga. Ya, dengan sumbangan minima serendah RM37, anda dapat menyaksikan 2 pementasan teater yang akan menggetarkan dingin dari selangka hingga sulbi

Laman Artisan Theater Production Mempersembahkan, A Pitch Black Double Bill, Sukmah & Jalud

SUKMAH karya ArRasyideen Abd Halim dan Haris Hazizan mengisahkan lumrah semulajadi manusia yang memang berkeinginan pada kecantikan. Keinginan itu terkadang membawa kepada usaha mereka melewati batas manusiawi. Tidak sedikit yang berikhtiar sehingga ilmu susuk menjadi tuntutan. Kami mementaskan kisah Tok Mah, seorang pengamal ilmu hitam yang menyeru Neng Ratu hadir untuk memasang Jarum Satu, Jarum Dua dan Jarum Tiga sebagai pengabdian kecantikan yang indah dan sukma pada susuk pendukung jarum. Ramaikah yang akan terpedaya dengan keinginan sendiri? Kekuasaan dan keajaiban apa yang ada pada jarum-jarum ini? Undang-undang apakah yang mentadbir pengabdian ini? Apakah akan berbuah murni cinta yang tulus?

JALUD karya Prof. Dr. Shamsul Rahman, atau lebih dikenal sebagai Dr. Shark, mengisahkan tentang Amir seorang “ventriloquist” yang membuat persembahan bersama patungnya, Jalud di sebuah kelab. Kerana sambutan penonton yang semakin merosot, Amir telah dibuang kerja. Amir berusaha memujuk Roslan, pemilik kelab tersebut namun tidak diendahkan. Pelbagai konflik timbul sejak Amir kehilangan mata pencarian. Apakah konflik-konflik yang dihadapi? Benarkah Jalud pencetus segala yang berlaku?

Masuk dengan sumbangan minima RM37

Untuk tempahan dan segala pertanyaan, hubungi Aisyah (+60176535609)

Event Dates

Show Times

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top