Now Reading
Bihzhu Lancarkan Video Muzik & Mini Dokumentari Untuk Chendering

Bihzhu Lancarkan Video Muzik & Mini Dokumentari Untuk Chendering

Bihzhu – penyanyi dan penulis lirik kelahiran Pulau Pinang kini tampil dengan video muzik dan sebuah mini dokumentari untuk lagu Chendering – sebuah lagu yang dicipta oleh salah seorang komposer paling prolifik di Malaysia, Jimmy Boyle.

Dokumentari pendek mengenai Chendering yang juga diterbitkan oleh Bihzhu sendiri dihasilkan untuk menjelaskan lagi latar belakang lagu tersebut. Dokumentari ini turut memaparkan wawancara bersama isteri Jimmy Boyle – Linny Boyle, anak – James Boyle dan pemain bassnya – Ee Fook Sin.

Menurut Bizhu video muzik dan dokumentari ini sesuatu yang penting bagi semua yang menonton kerana kami yang menghasilkannya ingin peminat mengenali siapa lelaki berbakat di sebalik penciptaan lagu ini. Kami ingin mereka mengetahui proses penghasilan di dalam proses pembikinan video ini. Ini seakan satu lingkaran yang sempurna bagi kami kerana dengan mempersembahkan projek ini kepada penonton, kami berharap agar dapat membuatkan Jimmy Boyle dan keluarganya bangga dengan hasil kerja yang kami hasilkan. Dengan rasa rendah hati, kami turut berharap sumbangan kecil kami ini membantu dalam meneruskan legasi muzik komposer legenda ini.

Tonton Chendering di sini dan baca selanjutnya di budiey.com

Scroll To Top