Naskah Tulip ini mengisahkan seorang gadis bernama Tulip yang merupakan seorang penulis puisi sambilan dan kekasihnya yang bernama Jesse seorang pemuzik dan penerbit. Pada malam untuk menyambut hari kekasih dimana segalanya bermula dengan baik sehingga Jesse menyatakan hasrat sebenar dia hadir ke rumah Tulip. Jesse tidak mahu melihat Tulip masih hidup sederhana dengan hanya menulis puisi secara sambilan dan cuba memujuk Tulip menjadikan puisi-puisi ciptaanya dijadikan lagu. Tulip tidak bersetuju dengan Jesse dan menyatakan puisi-puisi terbaik yang ditulisnya mempunyai nilai tersendiri dan bukan untuk dijual. Jesse berasa kecewa dan Tulip mula menyatakan hala tuju hubungan mereka. Bagaimanapun sebenarnya Tulip dan Jesse mempunyai agenda mereka tersendiri.