Mona ke Daerah M (Teater Akademi Seni TFTN) –
Dari pementasan “Kota Kelip-Kelip” tahun 2015 & 2016, akademi seni Teach For The Needs (TFTN) sekali lagi mempersembahkan sebuah teater muzikal lakonan sepenuhnya anak-anak TFTN, “MONA KE DAERAH M”.
Pementasan ini akan diarahkan oleh Fazleena Hishamuddin.
Naskah oleh Amar Amir.
Sinopsis :
Mengisahkan Mona, seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun yang terpaksa masuk ke Daerah M demi mencari adiknya Mimi, yang dibawa lari oleh Mega, seorang watak kartun popular. Dengan ditemani Bobby, teddy bear kesayangannya, Mona menempuh pelbagai cabaran di Daerah M sebelum akhirnya bertemu Mega.
Berjayakah Mona keluar dari Daerah M dengan selamat dan dapatkah Mona menyelamatkan adiknya?