Teater Resam

PENGENALAN

RESAM merupakan Projek Tahun Akhir bagi 3 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Teater Produksi di bawah kursus FPS661 – Projek Industri Produksi Teater. Pementasan ini berdurasi lebih kurang 1jam 30minit yang akan dipentaskan oleh para pelajar yang dinilai serta turut dibantu oleh para pelajar Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Kampus Puncak Perdana. Pementasan ini berkonsepkan Perubahan (Changes) dan bergenre Tragedi. Suntikan elemen Randai dan juga budaya Minangkabau dari aspek muzik dan bahasa diketengahkan menjadikan pementasan ini pementasan kontemporari Minang.

SINOPSIS

RESAM mengisahkan perebutan gelanggang silat yang telah diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan. Perebutan yang berlaku di antara Razali dan Zaaba yang pada asalnya merupakan adat resam yang perlu diikuti setiap generasi keturunan keluarga mereka berubah menjadi perebutan yang berasaskan dendam. Zaaba atau lebih dikenali Tok Abah berusaha untuk mengekalkan warisan gelanggang silatnya kepada 2 orang cucu perempuannya iaitu Laila dan Hanum. Darah daging dan kekuatan menjadi persoalan kepada hak warisan tersebut. Siapakah yang akan mewarisi Resam ini?

Event Dates

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top