PAK HANG VS MAK HANG
Penceraian akibat cemburu buta membuatkan Pak Hang jadi tak keruan kerana gila talak sejak dia mula hidup bersendirian. Manakala Mak Hang iaitu janda kepada Pak Hang yang tinggal berdepan dengan rumahnya sengaja jual mahal kerana berdendam akibat diceraikan tanpa usul periksa. Kiah iaitu adik kepada Pak Hang cuba menasihati Pak Hang kerana berasa risau akan keadaan abangnya yang tidak terurus seperti orang sasau. Bermacam perangai dan gelagat mereka lakukan bagi menyakitkan hati masing-masing. Kerana terlalu cemburu atas jolokkan mata dari Mak Hang membuatkan Pak Hang terdesak dan menghubungi “Bomoh Online”. Sementara itu Diman anak kandung Pak Hang dan juga anak tiri kepada Mak Hang yang sudah bertunang dengan kekasihnya Minah ditimpa masalah mengenai perkahwinannya disebabkan penceraian dan tidak kesefahaman kedua orang tua. Jadi berjayakah Pak Hang memujuk hati Mak Hang? Dan bagaimanakah perkahwinan Diman dan Minah? Persoalan ini hanya akan terjawab di dalam teater Pak Hang vs Mak Hang. Selamat menonton!
Karya: Samsudin Bin Mat
Arahan: Sharul Titis