TEATER JAJAHAN CHOW KIT ROAD

ANJURAN REVOLUTION STAGE
21-25 JUN 2023

SINOPSIS PERSEMBAHAN
Teater Jajahan Chow Kit Road

Mengisahkan tentang kegelisahan tiga orang sahabat mat ganja iaitu Basir, Din dan Mael tentang bakal adanya Konsert Gergasi Sudirmania di Jalan Chow Kit yang mereka anggap sebagai tanah pusaka mereka. Pelbagai perbincangan bagi menggagalkan kejayaan konsert gergasi tersebut namun semuanya sekadar tersangkut pada khayalan mereka sahaja dan idea mereka menjadi sia-sia. Bila tiba pada hari kejadian, mereka mula cuak apabila sudah mula orang-orang luar masuk berhimpun ke tanah pusaka mereka, banyak gerai-gerai mula buka membuatkan suasana terang benderang pada malam hari. Tiba-tiba mereka terserempak dengan Yusuf, seorang lelaki tua yang seperti nyanyok yang mencari bekas kekasihnya. Tiga Mat Ganja ini kononnya bersetuju membantu pak cik tua itu mencari isterinya tetapi terleka dengan khayal sendiri.

Event Dates

Show Times

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top