Teater Budak Underground – Fragile House

Teater Budak Underground -

Kisah ini mengenai perjalanan kehidupan seorang budak gig yang memberontak dengan keadaan sekeliling.Tiada siapa yang faham akan keadaan dia dengan apa yang dia ingini.

Cerita ini bermula apabila watak utama iaitu Ikhmal mula berjinak-jinak dengan gig dan mulai meminatinya.

Dengan keadaan sekeliling mengecam dan mengangap gig adalah tempat merosakkan, gig sering dipandang serong oleh masyarakat sekarang lebih-lebih lagi di kalangan ibu bapa.

Ada dikalangan remaja yang datang gig dan menyebabkan pergaduhan, penyalahgunaan dadah dan lain-lain lagi, itu yang menyebabkan gig sering dipandang hina dan dianggap merosakkan akhlak remaja zaman sekarang.

Selain itu, gig sering diserbu polis kerana ada yang melaporkan gig sering mengganggu kawasan perumahan.

Ikhmal dan ayahnya tidak berkomunikasi antara satu sama lain kerana ayah Ikhmal tidak memahami minat anaknya.

Jadi Ikhmal bertekad untuk memberitahu masyarakat sekeliling yang gig juga melibatkan aktiviti yang sihat untuk remaja daripada sesetengah “trend” sekarang seperti membuang masa me ‘raver’, mengambil dadah dan lain-lain aktiviti tidak sihat.

Di gig, rakan-rakan sekeliling ibarat keluarga yang menyokong dan banyak membantu sesama mereka di zaman serba masalah ini. Pelbagai halangan dan rintangan yang Ikhmal hadapi sehingga terpaksa digelebungi masalah dan dihina demi menyatukan gig dengan masyarakat setempat.

Event Dates

From 10th November 2018 to 22nd March 2019

Venue

Oasis Square, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Oasis Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

WEBSITE

https://www.facebook.com/events/2300898173538159/

Other Events You May Like