Mahkamah Keadilan – Festival Teater Malaysia 2018.
Buat julung-julung kalinya Tronoh Teater Shop Kuala Lumpur (TTSKL) layak bertanding ke Festival Teater Malaysia 2018 dengan membawa naskah:
“Mahkamah Keadilan” karya Taufiq Al-hakim yang diterjemahkan oleh Nahmar Jamil. Cerita ini diarahkan dan turut dilakonkan sendiri oleh Prof Dr Shark.
Prof Dr Shark merupakan pensyarah kejuruteraan awam di Universiti Teknologi PETRONAS dan telah melibatkan diri dalam teater sejak tahun 1986.
Hasil buah tangannya ini telah melayakkan kumpulan beliau ke peringkat akhir Festival Teater Malaysia 2018 setelah menjadi johan Festival Teater Kuala Lumpur 2017 dan melepasi dalam pemilihan Manifestasi Teater Negeri 2018.
Tronoh Teater Shop Kuala Lumpur (TTSKL) adalah antara 6 kumpulan teratas daripada 14 kumpulan juara setiap negeri yang layak ke peringkat akhir FTM2018 yang akan berlangsung pada 15 hingga 21 Oktober 2018.
Kumpulan ini akan mempersembahkan “Mahkamah Keadilan” pada 15 Oktober 2018 jam 8.45 malam di MATIC, Jln Ampang,Kuala Lumpur. Masuk adalah PERCUMA.
Selain itu, TTSKL juga akan mengadakan pratonton teater ini di Dewan Bahasa Pustaka pada 12 Oktober 2018 jam 8.45 malam dan pada 13 Oktober 2018 jam 3 petang.
Tiket2 boleh di dapati dengan menghubungi Ikhwan di talian: 0184076101. Cerita “Mahkamah Keadilan” berkisar tentang Tukang Roti yang telah mencuri itik angsa daripada Pemilik Itik Angsa.
Dalam usaha melarikan diri, Tukang Roti telah melakukan penindasan terhadap orang yang mengejarnya. Mereka semua telah datang mengadap Tuan Hakim untuk menuntut keadilan. Namun, keadilan tidak memihak kepada mereka.
Cerita ini diberi nafas baru dengan berkonsepkan senario sarkas dan amat sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak kerana di selang selikan dengan aksi-aksi lucu karaktor haiwan yang dipersembahkan oleh pelakon-pelakon yang memakai kostum haiwan.
Pementasan ini adalah dengan kerjasama CAPE UTP Kuala Lumpur, JKKNWPKL, MATIC dan DBP.