Teater ‘LENA TAK PULANG’ merungkai perihal sebuah keluarga yang kehilangan anak kerana lari dari rumah. Kehilangan Lena tidak dihiraukan oleh si ayah. Beliau menganggap Lena pasti pulang kalau duitnya habis,kalau dia bosan,kalau kalau dan kalau. Bagi si ayah lagi,selagi tiada perkhabaran atau laporan yang keluar di dada-dada akhbar atau media sosial tentang kes tersebut selagi iyulah beliau merasa kerisauan itu perlu diketepikan.