Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara

Festival Persuratan Bahasa Melayu Nusantara julung-julung kalinya anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan PUSAKA bakal berlangsung pada 7-10 Disember ini.

Temui Goenawan Mohamad serta sasterawan negara Prof Emeritus Muhammad Haji Salleh di antara tetamu-tetamu istimewa pesta ini.

Tema Festival Persuratan Bahasa Melayu Nusantara ini adalah ‘Yang Berani Hidup’ – rujukan kepada puisi Chairil Anwar. Festival ini bakal menerokai pelbagai aspek sejarah, pengalaman dan penggunaan Bahasa Melayu merentasi zaman.

Kemuncak festival ini adalah tayangan teater ‘Amangkurat Amangkurat’, pementasan antarabangsa pertama yang akan berlangsung di DPAC.

Untuk menyaksikan Teater Amangkurat Amangkurat, sila daftar pada link di bawah. Masuk adalah percuma.

https://goo.gl/forms/4tYVfediBqmLli4W2

Event Dates

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top