Kisah bermula di Kampung Rimbun di mana Aqil yang mandi manda di sebuah sungai terjumpa botol yang berisi bungkusan hitam lalu membukanya dan membaca tulisan yang ada di dalamnya….di tunjukkan botol itu pada Hassan ketua kampung di situ tapi beliau menyatakan hanya botol biasa sahaja.. tapi sejak itu seorang demi seorang kanak-kanak di kampung itu hilang semasa mereka balik mengaji melalui jalan tepi kubur yang menjadi laluan biasa mereka…
Jalil yang lama menginginkan jawatan ketua kampung tidak puas hati dengan cara Hassan mengatasi masalah yang berlaku hinggalah anak Jalil sendiri hilang seperti kanak-kanak yang lain. Jalil hilang sabar dan ingin merampas kuasa dari Hassan yang dilihat sebgai seorang yang lemah dan lambat bertindak ini mengakibatkan pecah belah penduduk kampung Rimbun dan permusuhan antara mereka dan pengikutnya.
Ke mana hilangnya kanak-kanak tersebut? Apa yg Hassan lakukan setelah menyedari dirinya sebagai ketua dipertikaikan? Bagaimana cara mereka menyelesaikan kemelut ini? Semua akan terjawab dalam teater Jalan Tepi Kubur.
Tiket : RM 10
Bole ditempah terus kpda Saudari Shireen Hj Salehudin atau Whatsapp
http://www.wasap.my/+60169932931
#TeaterMalaysia2018