Teater Monolog Berantai ‘PELAMIN ANGANKU MUS…TAHIL’

Teater Monolog Berantai – ‘PELAMIN ANGANKU MUS…TAHIL’

Kisah yang terjadi di dalam majlis perkahwinan orang ada-ada setelah S.O.P. dilonggarkan. Kecoh suasana majlis tersebut bila mana pengantin perempuan tak mahu keluar bilik bila mana tok kadi dan pengantin lelaki dah menunggu. Boleh pula adik perempuan pengantin perempuan menjadi punca pengantin lelaki mengamok dan menumbuk fotografer yang ganti job kawan dia ke majlis tersebut, tak pasal-pasal.

Bila kecoh sangat kat luar bilik pengantin perempuan keluar bilik bersama pengapitnya membuat pengakuan yang menjadikan keadaan menjadi lebih kecoh. Apa lagi, pengantin perempuan terus lari keluar rumah dan dikejar oleh pengapitnya serta keluarga pihak perempuan. Pengantin lelaki apa lagi , terus kejar juga diikuti keluarga pihak lelaki. Tinggallah si fotografer yang mengeluh jobnya pada hari tersebut tidak jadi. Ayoh saksikan apa yang sedang berlaku dalam majlis ini.

Event Dates

Venue

Website

Tickets

Scroll To Top