Makyong: Anak Raja Tangkai Hati

makyong

Makyong: Anak Raja Tangkai Hati

Teater Tradisional Makyong “Anak Raja Tangkai Hati”, menampilkan Kumpulan Makyong Kijang Emas yang dibawakan khas dari Kelantan.

Persembahan ini akan diarahkan oleh Puan Ruhani Mohdzin, seorang tokoh Makyong Kelantan yang sangat disegani.

Turut membuat penampilan ialah Rosnan Rahman, seorang aktivis Makyong yang cukup dikenali ketika ini.

Sinopsis:

“Anak Raja Tangkai Hati”, mengisahkan pengembaraan seorang anak raja yang keluar berlayar mencari ilmu dan pengalaman.

Sewaktu pengembaraan itulah Anak Raja Tangkai Hati bertemu dengan Puteri Mayang Mengurai dan berjanji untuk mengahwininya. Namun atas sesuatu sebab, Anak Raja Tangkai Hati memungkiri janji dan berkahwin dengan Puteri Cempaka Mas.

Apakah tindakan Puteri Mayang Mengurai setelah mengetahui Anak Raja Tangkai Hati memungkiri janji? Dan siapakah sebenarnya Puteri Mayang Mengurai ini?

Untuk mengetahui kesudahan kisah “Anak Raja Tangkai Hati”, jom sama-sama kita saksikan pada 28 & 29 September 2018 di Dewan Tunku Abd Rahman,MATIC, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pukul 8.30 malam.

Sila dapatkan tiket-tiket berharga RM50 (VIP) dan RM20 (Biasa/50% diskaun diberikan kepada warga emas, pelajar dan OKU) dengan menghubungi:-

+603-2614 8260/61 (Diela Nadzir)
+603-2614 8214 (Art Mohamad)
+6012-518 6452 (Sharizan Daod)

 

Event Dates

Venue

Website

Scroll To Top