Apabila dilihat kepada poster dan segala collateral yang disediakan oleh production ini, sebagai penonton kami bersedia untuk menjadi kreatif dan berinteraksi dengan persembahan ini, namun, cubaan untuk membuatkan pementasan ini sebagai interaktif tidak tercapai. Persembahan dimulakan dengan menarik, dimana penonton memilih turutan 3 naskah untuk dipersembahkan.
Cubaan pementasan yang hanya breaking the fourth wall dibuat ‘asal boleh’, dan muncul sebagai tidak relevan dan tidak endahkan penonton untuk naskhah ‘Kronik’. Namun, certain concepts di dalam naskhah ini ditonjolkan dalam bentuk yang kreatif, seperti scene eksplorasi doktor ke dalam kepala pesakit mental.
Naskhah ‘The Catch’ ditampilkan dengan cara yang lebih immersive dan konsep interaktif yang require penonton untuk mengambil bahagian sebagai penonton studio dan juri. Pementasan ini sedikit repetitif dan at times draggy seperti sesi-sesi temuramah yang berulang-ulang.
Anagapesis : The Broken disampaikan dengan menarik, untuk momen leading to the finale, dimana pelakon utama disasar sebelum bersedia untuk tetapkan siapa yang dia ingin tembak, voted by the audiences. Namun, moment suspense itu ketiada ‘consequences’ selepas penembakan berlaku bukan sahaja membuatkan persembahan itu underwhelming, ia juga membuatkan saya question relevance kepada interactivity pementasan ini.