ZHIZHA FEST

 Zhizha Fest merupakan sebuah projek yang dijalankan oleh pelajar tahun 3, Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) di bawah subjek Projek Akhir (APS 6996). Projek Zhizha Fest” ini merupakan sebuah bengkel yang memberikan pendedahan mengenai keunikan kesenian tradisional paper effigy (Zhizha) – melibatkan teknik pembuatan paper effigy, rekabentuk paper effigy dan peluang baharu dalam industri paper effigy. Hasil pembelajaran daripada bengkel ini akan dibawa ke komponen akhir iaitu Persembahan Puppet Show: Bunga Lili. Pelaksanaan bengkel dan persembahan Puppet Show ini dilihat sebagai satu platform bagi mempromosikan paper effigy sebagai satu bentuk kesenian tradisional untuk dikomersialkan dengan memberi pandangan baru akan cara pembuatan dan kegunaan paper effigy pada zaman moden kini.

 

Projek Zhizha Fest ini berkonsepkan edutainment iaitu pendidikan dalam hiburan. Festival ini ingin memberi ilmu kepada peserta mengenai kesenian tradisional Paper Effigy menggunakan medium persembahan boneka dan aktiviti yang menarik. Aktiviti berkumpulan yang dilakukan akan mengasah kreativiti peserta dengan memperkenalkan teknik pembuatan paper effigy yang unik.

 

Projek Zhizha Fest ini adalah bertujuan memperkenalkan paper effigy sebagai sebuah kesenian yang dinamik seperti alat persembahan, sets dan props. Projek ini akan dimulakan dengan bengkel Zhizha Fest yang akan dijalankan di Dewan Orkestra, ASWARA. Ia melibatkan pelajar daripada Sekolah Sri Aria, Damansara. Projek ini akan diteruskan dengan persembahan akhir iaitu Puppet Effigy: Bunga Lili yang akan disiarkan secara atas talian pada 29 Januari 2022 di Facebook ASWARA.

Event Dates

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top