Woman Up Bazaar

Terletak di MAHSA Avenue, Jalan Universiti, Kuala Lumpur, KEDAI KL merupakan sebuah projek daripada kumpulan MAHSA yang juga pemilik MAHSA University, Selangor. Berkonsepkan pasar ‘artisanal’, KEDAI sarat dengan lebih 40 peniaga tempatan dengan pelbagai sifat perniagaan seperti makanan, pakaian malahan tempat untuk belajar membuat latte!

Selain daripada itu, mereka juga mempunyai ruang tengah terbuka yang dinamakan The Lorong. Di sini, mereka menjalankan pelbagai jenis bazar sepanjang tahun. Sempena dengan Hari Wanita Sedunia, mereka menganjurkan Woman Up Bazaar yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Mar 2022.

Bermula daripada jam 11pg hingga 6ptg, tiada sebarang caj dikenakan untuk masuk ke bazar ini; akan tetapi, para pengunjung boleh mendapatkan tiket di laman sesawang ini bagi pematuhan SOP.

Event Dates

Venue

Tickets

Scroll To Top