RINGKASAN KELAS
- Belajar tentang proses rumit penghasilan fabrik songket tenunan tangan
- Ketahui apa yang sedang dilakukan oleh penenun Tanoti pada masa kini
- Selami inovasi yang dicetuskan dalam komuniti ini
NOTA PENTING
- Kelas akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Sesuai untuk pelajar dan pemula
- Luaskan pengetahuan dan minat anda dalam seni tenunan serta cara-cara untuk memperkasakan sebuah komuniti
LATAR BELAKANG PENGGIAT SENI
Tanoti terdiri daripada komuniti pembuat kraf yang berpusat di Kuching, Sarawak. Organisasi impak sosial ini mula beroperasi pada tahun 2012 sebagai bengkel penenunan songket yang terdiri daripada 13 penenun. Hari ini, Tanoti terlibat dengan lebih daripada 400 pembuat kraf yang kebanyakan tinggal di luar bandar dan juga pedalaman Sarawak.