TEATER ONLINE MUZIKAL REMAJA & KANAK-KANAK : TANJONG

PEMENTASAN TEATER MAYA REMAJA DIILIT KANAK-KANAK : TANJONG

Teater Tanjong merupakan sebuah teater anjuran kelab teater ASAR negeri sembilan dengan kerjasama JKKN Negeri Sembilan dan disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA. Pementasan ini bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan dan membentuk keyakinan diri menghadapi cabaran hidup sesuai dengan peredaran semasa.

Teater Tanjong akan dipentaskan secara digital melalui saluran Facebook dan juga Youtube Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan pada 29 Januari 2022, Sabtu 9 malam

Puutan untuk menonton secara online
>>> bit.ly/TanjongASAR

Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong. Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan. Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa. Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong. 

Dibarisi oleh sebahagian besar pelakon remaja dan kanak-kanak, sutradara teater tersebut, Dr Ahmadrashidi Hassan, ingin melihat naskah tersebut diangkat untuk memartabatkan seni teater yang kian pudar di negeri sembilan dan juga untuk memberikan wadah terbaik buat komuniti anak-anak muda Kelab Teater ASAR melakukan aktiviti bermanfaat semasa musim covid-19 melanda. 

Ini merupakan kali ke-3 karya Tanjong dipentaskan dan pertama kali dilakukan secara maya. Kali terakhir pementasan Tanjong dilakukan adalah pada Disember tahun 2019 sebelum pementasan pada tahun 2020 terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19.

Walaubagaimanapun, setelah hampir 2 tahun tertangguh, usaha untuk pementasan tetap diteruskan dengan mengubah format pementasan kepada format teater digital. Kelab Teater ASAR melakukan latihan bacaan skrip secara dalam talian melalui Google Meet dan rakaman teater dilakukan mengikut standard SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang bulan Oktober 2021.

Event Dates

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top