Teater Muzikal Bangsawan Di Udara : BAKAWALI

Tengku Tajul Muluk ditemani Ahmad dan Muhamad pergi ke Taman Balkis untuk mendapatkan Bunga Bakawali bagi mengubat mata Baginda Sultan Tajul Arif. Dalam perjalanan Tengku Tajul Muluk telah berjumpa dengan Garuda yang ingin memakannya… Dapatkah Tajul Muluk membawa pulang Bunga Bakawali?

Bangsawan Bakawali sebuah Alternatif Melestarikan Bangsawan semasa musim pandemik COVID-19 dengan menggunakan Aplikasi “Zoom”. Penerbitan Jkkn Pulau Pinang bersama penglibatan Persatuan Sekenet dan Alumni Pusat Pengajian Seni yang berada di Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan dinamakan sebagai kumpulan “Opera Sri Kayangan”.

Inspirasi berasaskan Program Bangsawan di Udara yang disiarkan melalui radio pada tahun 1970an. Inovasi melalui aplikasi atas talian yang dibuat secara langsung. Lakonan mengekalkan lenggok penyampaian Bangsawan dengan kaedah “script reading play”. Kesan Khas Minimal (penggunaan kostum dan muzik) bagi menimbulkan unsur dramatik.

Sutradara : Halimi MN
Skrip : Aminah Nani

Lakonan : Yaakob Abd Aziz, Norhelmi Othman, Lan Chin, Dr. Husaini Yaacob, Veera Masura, Nawi Mohd, Ramnah Ramli, Teja Talha, Yusof Bakar, Yuslizam Yusof, Yus Poklus, Darwisy Irfan

Dengan Kerjasama : Persatuan Sekenet, Pusat Pengajian Seni USM, Dewan Budaya Usm, Persatuan Pelukis Negeri Perlis, Persatuan Budayasari, SK Pasir Panjang, Por Dickson, N9, Dmarzs Sewaan Busana dan Eksesori, Tagemking Studio

Event Dates

Tickets

Scroll To Top