SEMARAK SENI BUDAYA INTERAKSI SENI SIRI I

“Program Semarak Seni Budaya Interaksi Seni Siri I merupakan platform terbaik yang disediakan oleh JKKN di bawah elemen Wacana Ilmu merangkumi aspek dialog usahawan seni bersama masyarakat setempat, usahawan-usahawan dan badan bukan kerajaan untuk diberikan pendedahan dan perkongsian ilmu serta khidmat nasihat berkaitan Kemudahan Keusahawanan yang terdapat di MARA, peluang usahawan digital bersama eUsahawan dan perkongsian pengalaman Usahawan Bakat Muda Bidang Seni dan Budaya. Tidak dinafikan juga program ini menjadi medan pertemuan dan pertukaran pandangan serta idea dalam kalangan usahawan-usahawan senior (vateran) mahupun usahawan-usahawan bakat muda yang baru menceburi bidang industri seni dan budaya melalui segmen Borak@Kuala Lumpur. Program ini juga turut melibatkan beberapa pengisian aktiviti seperti Pertandingan Buskers Raya @Kuala Lumpur, Pertandingan Karaoke Kuala Lumpur Idol, Persembahan Kesenian, Interaktif Permainan Tradisional, EKSISTENSI JIWA 4 Monodrama, Pop Arts Bazaar dan Jom Belajar.

Event Dates

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top