RUMAH LAMA KAMPUNG BARU

SINOPSIS
Rumah Lama Kampung Baru mengisahkan kisah hidup masyarakat setempat di Kampung Baru. Cerita ini mengangkat isu di sebuah kawasan rumah dan kedai makan yang dimiliki oleh sepasang suami isteri iaitu Pak Hassan dan Mak Raya. Terdapat beberapa buah rumah lot yang disewakan oleh Budin, Musa, Jj, Lili, Anita, Zainal dan sepasang suami isteri, Nikman dan Serimah. Ketenteraman Mak Raya yang telah mendiami kawasan itu serta menjayakan perniagaan kedai makan selama hampir 15 tahun telah digugat oleh adiknya sendiri setelah adiknya Zulkifli datang untuk meminta geran tanah kawasan rumah tersebut untuk dipelankan semula. Zulkifli tetap berkeras dengan keputusannya kerana baginya tanah itu juga merupakan haknya memandangkan dia berkongsi nama dengan Mak Raya atas geran tersebut. Semua penyewa di situ juga kesal terhadap apa berlaku dan tidak bersetuju dengan tindakan Zulkifli kerana mereka telah menganggap Mak Raya sekeluarga seperti saudara mara mereka sendiri. Merekalah tempat Mak Raya berkongsi cerita hidup yang penuh dengan cabaran di tengah – tengah kota Kuala Lumpur ini.
To All Theater Lovers,
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Pelajar tahun Akhir Diploma Seni Persembahan Teater  (PROPERA 2022) akan melaksanakan projek persembahan akhir teater secara atas talian pada 9 April 2022 dan 10 April  2022 dan akan ditayangkan melalui laman Youtube Ektaktos Production. PROPERA  2022 kembali sekali lagi dan kali ini Ektaktos Production telah mengangkat karya Lenny Erwan yang bertajuk Teater Rumah Lama Kampung Baru. 1 naskhah ini dijadikan 2 komponen yang berlainan dari segi konsepsualnya. Pasti anda tertanya-tanya dan ternanti-nanti bukan?
Platform :
YouTube Ektaktos Production
Pas Masuk :
Tiket Individu Pelajar – RM15
Tiket Orang Awam – Rm20
Anda boleh menyaksikan 2 persembahan teater pada 2 hari yang berbeza pada satu pembelian harga tiket sahaja.
Sekiranya anda berminat untuk menyaksikan tayangan ini, anda boleh membuat pembayaran di akaun bank dan juga mengisi maklumat anda di link google form di bawah:
Scan QR Code pada poster atau click link dibawah.
———————————————
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi nombor berikut:
IRA(0103426353)

Event Dates

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top