RINDU BAYANGAN

Persembahan konsert ini bakal menyajikan antara lagu-lagu popular ciptaan Allahyarham yang akan digarap bersama persembahan artis veteran dan artis-artis baru tanah air. Lagu-lagu yang bakal didendangkan adalah antara lagu popular Allahyarham dalam ratusan koleksi karya beliau yang sentiasa malar segar dan pernah mejadi siulan pada suatu ketika dahulu.

Persembahan yang akan dipimpin oleh pengarah muzik undangan yang berpengalaman iaitu saudara Alfa Booty Kesuma ini akan diiringi bersama kumpulan pemuzik orkestra yang menggabungkan Orkes Melayu Yayasan Warisan Johor bersama dua belas(12) orang pemuzik bertali(string) dan pemuzik tiupan(blowing).

Konsert Rindu Bayangan akan dipersembahkan dalam tiga segmen, bermula dengan rentetan awal penglibatan Allahyarham Omar Taib bermain muzik dan zaman bermulanya beliau menempa nama dalam pembabitan dunia rakaman. Segmen kedua pula membawa kenangan dimana Allahyarham menjadi pemimpin muzik di RTM Johor dan mula menaikkan nama-nama besar penyanyi tanah air di penghujung era tahun 70an sehingga tahun 80an. Manakala segmen akhir bakal mengetengahkan lagu-lagu irama tradisional Melayu dimana mengangkat kenangan bersama menjadi pemimpin muzik di Kompleks Budaya Negara yang kini dikenali sebagai Istana Budaya serta selaku Pengarah Muzik Yayasan Warisan Johor.

Event Dates

Venue

Scroll To Top