RACUN & PENAWAR

Rumah Lukis berbesar hati selaku rakanruang untuk persembahan Racun & Penawar di bawah arahan dan kelolaan Noor Mahnun Mohamed dan Studio Ikan Emas //

Pameran siri ilustrasi botani lukisan tangan ini bersandarkan buku hasil karya John D.Gimlette 1915 berjudul ‘Malay Poison and Charm Cures’ /// Kandungan berbentuk visual ini adalah hasil lawatan pasukan ke beberapa taman botani di Kelantan dan di sekitar negeri Selangor.

Ianya turut disertai dengan hasil kerja bengkel lukisan catan air oleh peserta-peserta dikalangan umum //// * Pameran ini disokong oleh Program Pembiayaan Inspirasi Seni Visual CENDANA 2020(Kitaran 1).

** Pameran di buka untuk lawatan bermula dari 18/12/21 sehingga 30/1/22, pada setiap hari Sabtu & Ahad @ 2-5pm untuk mereka yang lengkap vaksinasi covid dan pematuhan kehendak peraturan mengikut MKN

*** Sila buat temujanji dilaman ini sehari sebelum tarikh lawatan.

Event Dates

Venue

Tickets

Scroll To Top