Projek Ubak

Fakulti Seni Halus, ASWARA menjemput penggiat seni, pelajar, dan orang ramai untuk menyertai program bengkel seni + alam sekitar yang dianjurkan melalui Program UBAK Use[Back] 2022.

Program yang menggabungkan usaha kreatif seni dan kelestraian alam sekitar ini dianjurkan bagi:

– Menerapkan amalan menggunakan bahan mesra alam, bahan dari alam semulajadi dan amalan 5R (refuse, reduce, reuse, repurpose, and recycle) dalam menghasilkan karya seni;

-Menngetengahkan usaha kreatif, bakat dan minat golongan yang terlibat terhadap seni yang cakna mengenai krisis perubahan iklim

– Menggalakan daya kreativiti golongan sasaran menghasilkan karya kreatif yang lebih praktikal dan mempunyai nilai estetik yang tinggi.

Seni alam sekitar adalah pelbagai amalan seni yang merangkumi kedua-dua pendekatan sejarah terhadap alam dalam seni dan jenis karya yang lebih bermotifkan ekologi dan krisis perubahan iklim.

Daftar segera! Tempat terhad seramai 25 orang sahaja bagi setiap bengkel yang dianjurkan. Sila scan QR Code yang tertera pada poster untuk pendaftaran.

Event Dates

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top