Projek Teater Alumni (PROTAL): Festival Teater Alumni (FesTA)

Festival Teater Alumni (FesTA) merupakan anjuran dari Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM di bawah Projek Teater Alumni (PROTAL). Kali ini PROTAL membawakan festival yang akan mementaskan 7 naskhah dari 6 Alumni UiTM dan beberapa orang Alumni yang akan berlakon dalam pementasan ini seperti Nadia Brian dan Issey. Pementasan yang berkonsepkan Arcade Game ini akan berlangsung pada 15-17 Disember 2023 di Ruang Eksperimental FiTA, UiTM Kampus Puncak Perdana pada jam 8:30 malam. Penonton akan disajikan dengan 7 naskhah iaitu:

1. Mayat karya dan arahan Shazriq Azeman

2. Peremp-1 karya Shasha Fairus dan arahan Milol Tahar

3. Mentol Siasat karya dan arahan Izzu Fiq

4. Kesumat Mas Merah karya dan arahan Syawal Azrai

5. Madu 3 karya P. Ramlee dan arahan Anwar Rusdini

6. Se-Ko karya Bue Hasnul dan arahan Hambali Raziff

7. Pukat Deduktif karya Yusof Bakar dan arahan Milol Tahar

Event Dates

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top