Pesta GENTA x Zine DIY Fest 2019

Rumah Seni Selangor, selaku tuan rumah, akan menganjurkan sebuah pesta keramaian seni, yang dinamakan Pesta Genta, pada 17hb Ogos 2019 sehingga 18hb Ogos 2019.

Genta bermakna loceng, yang mengeluarkan bunyi apabila digerakkan. Demikian, Genta dipilih kerana pesta keramaian seni ini akan bergenta meraikan acara seni rupa, seni muzik, sastera, jualan kraf dan produk mandiri, aktiviti bengkel seni dan pelbagai lagi aktiviti untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Pesta Genta ialah temasya interdependen yang merangkai kumpulan-kumpulan seni atau komuniti setempat dan luar seperti Rumah Seni Selangor, ZinexDiYFest, Terbitan Langit serta rakan jemputan UiTM Machang dan ITB Bandung. Pesta Genta juga mendapat sokongan daripada negeri Selangor dan MBPJ.

Moga dengan kehadiran Pesta Genta ini, akan memberi peluang kepada anak-anak seni berkreatif, menggalakkan lagi ekonomi seni, serta mendedahkan mesyarakat dengan keilmuan dan penghayatan seni.

Event Dates

Venue

Website

Scroll To Top