Pertandingan Main Zapin 2017

Pertandingan Main Zapin 2017 oleh Fakulti Tari ASWARA adalah satu daripada Pertandingan Seni Pentas ASWARA, bersempena Pesta Konvo, Konvokesyen ASWARA 2017 yang ke-13. Semua peserta akan melalui peringkat saringan pada 25 November dan peringkat akhir akan dijalankan pada keesokan harinya 26 November.

Syarat-syarat Pertandingan Main Zapin 2017
1.1 Penyertaan

• Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Sasaran peserta untuk penganjuran pertandingan ini adalah seperti berikut;

Kategori A
Pelajar sekolah rendah dan menengah

Kategori B
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta,
Organisasi dan persatuan kesenian,
Kumpulan-kumpulan kesenian persendirian.

Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai empat (4) orang minimum hingga Enam (6) orang maksimum.
• Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 80 sahaja.
• Tiada makan dan minum disediakan.
• Ahli kumpulan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran.
• Setiap individu hanya boleh menyertai satu (1) kumpulan sahaja.
• Setiap kumpulan perlu menyediakan satu (1) tarian zapin sahaja.
• Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.

1.2 Konsep Tarian

• Setiap kumpulan wajib mempersembahkan satu tarian zapin tradisional dari pelbagai negeri yang terdapat di Malaysia. Antara tarian zapin yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut:-

i. Zapin-Zapin yang terdapat di negeri Johor
ii. Zapin Sebat (Sarawak)
iii. Zapin Sindang (Sarawak)
iv. Zapin Pekan (Pahang)
v. Zapin Raub (Pahang)
vi. Zapin Kuala/Perak (Perak)
vii. Zapin Tidung (Sabah)
viii. Zapin Suara Siam (Sabah)
ix. Zapin Arab Tawau (Sabah)
x. Zapin Hanuman (Kelantan)
xi. Zapin Hanuman Salor (Kelantan)
xii. Zapin Ghalet (Kedah)
xiii. Zapin Terengganu (Terengganu)

• Persembahan hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak melebihi 5 minit.
• Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan.
• Setiap tarian yang dipersembahkan haruslah menjaga tatasusila dan sensitiviti masyarakat. Hasil karya yang mempunyai unsur-unsur lucah, pemujaan, penghinaan agama dan kaum adalah dilarang.

1.3 Lagu/Muzik Iringan

• Lagu/muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau lagu baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.
• Lagu/muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD/Pendrive (instrumental atau muzik yang mengandungi suara adalah dibenarkan).
• Lagu yang dipersembahkan mestilah bersesuaian dengan jenis tarian zapin yang dipilih.

1.4 Pakaian/Aksesori/Prop

• Pakaian dan aksesori penari hendaklah bersesuaian dan sopan.
• Penggunaan peralatan tari (Props) adalah dibenarkan.

1.5 Persediaan untuk pertandingan Main Zapin

• Sila label CD/Pendrive untuk memudahkan pengurusan.
• Hanya Pengurus/Ketua Kumpulan/Wakil sahaja yang perlu mewakili setiap kumpulan bagi tujuan pendaftaran.
• Semasa pendaftaran, wakil kumpulan hendaklah:

i. Menyerahkan CD/Pendrive muzik iringan yang telah dilabelkan dengan nama kumpulan.
ii. Menyerahkan sinopsis tarian dan latarbelakang kumpulan.
iii. Pembayaran yuran pendaftaran peserta.
iv. Mendapatkan nombor giliran kumpulan untuk mempersembahkan tarian.

• Pengurus/Ketua Kumpulan/Peserta diwajibkan hadir semasa sesi taklimat yang diberikan oleh Pengurus Pentas dan Urusetia pertandingan.
• Makanan dan minuman tidak disediakan.

JADUAL/ TENTATIF AKTIVITI

25 NOVEMBER 2017 (SABTU)

10.00 pg– 11.00 pg

Pendaftaran/ persediaan

Black Box, ASWARA

11.00 pg – 1.00 ptg

Sesi 1
Saringan pertandingan Main Zapin

1.00 ptg – 2.00 ptg
Makan tengahari

2.00 pg – 5.00 ptg

Sesi 2
Saringan pertandingan Main Zapin

P/S: Keputusan untuk kumpulan yang layak ke peringkat akhir akan diberitahu selepas saringan tamat.

26 NOVEMBER 2017 (AHAD)

11.00 AM – 1.00 PM
Persediaan

Kafe Bunga Raya, ASWARA

2.00 PM – 6.00 PM
Peringkat akhir
Pertandingan Main zapin

 

Event Dates

Venue

For Enquiries

Scroll To Top