Pentas Seni Pusak 2021

Persatuan Anak Seni Sape Kuching (PUSAK) bakal mempersembahkan sebuah pementasan seni secara maya, berjudul PENTAS SENI PUSAK 2021 pada 6 November ini secara live di Facebook dan YouTube rasmi Persatuan Anak Seni Sape Kuching bermula jam 6.00 petang.

Program ini ditaja dan dengan kerjasama Majlis Seni Sarawak (MSS), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan HAUS KCH.

Pementasan ini akan menampilkan persembahan seni tarian, sketsa, nyanyian dan permainan alat muzik Sape’ oleh Tokoh Warisan Negara iaitu Mathew Ngau Jau, kumpulan Anak Sape Bungan, PUSAK Sape Troupe dan Kelab Seni Budaya Pekak Sarawak.
Nantikan juga penampilan khas daripada kumpulan ÁT ADAU dan pemain Sape yang terkenal dengan lagu Flora, Jerry Kamit!
Tayangan maya ini adalah PERCUMA. Jangan lupa saksikan bersama-sama rakan-rakan dan keluarga!

Event Dates

Website

Scroll To Top