Panggung ‘Hujan Bakawali di Rumah Tuhan’

Panggung ‘Hujan Bakawali di Rumah Tuhan’ merupakan sebuah
pementasan yang diadaptasi dari antologi prosa dan puisi ‘Hujan
Bakawali di Rumah Tuhan’. Tujuan pementasan ini adalah untuk
“membawa prosa dan puisi keluar daripada buku”. Idea dan konsep
persembahan terbahagi kepada empat iaitu puisi melalui visual,
puisi melalui drama, puisi melalui tari, dan puisi melalui muzik.
Persembahan akan berselang-seli dengan bual santai tentang buku,

Buku ‘Hujan Bakawali di Rumah Tuhan’ merupakan sebuah antologi
prosa dan puisi yang berjilid kembar (dua jilid). Ia ditulis oleh tujuh
orang penyajak Malaysia dan seorang penyair Indonesia. Temanya
adalah rahsia, doa, dan harapan tanpa mengira agama/kepercayaan.
Karya ini diterbitkan oleh Rumah RIPTA pada bulan April 2018 dan
telah mewakili Malaysia di Makassar International Writers Festival.

Perantara : Jamal Raslan
Para penulis yang bakal membuat persembahan :
– Adam Hazin & Karl Agan (puisi melalui visual)
– Umila Rahman & Mosyuki Borhan (puisi melalui drama)
– Rachmat Hidayat & Wani Ardy (puisi melalui tari)
– AK Kelana & Aisyah Rais (puisi melalui muzik)

Event Dates

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top