Pameran foto ini adalah kerjasama dengan kumpulan kewartawanan foto tempatan, The Biddys yang mempamerkan nasib dan penderitaan rakyat Malaysia dalam mengharungi pandemik sambil menuntut hak asasi manusia mereka.
Pameran ini adalah antara acara Hari Hak Asasi Manusia 2021 kami. Kunjungi pameran ini dan aktiviti lain pada 11 Disember dari jam 12 tengahari hingga 6 petang di NU Sentral, Kuala Lumpur.
Tentang Hari Hak Asasi Manusia 2021:
Hari Hak Asasi Manusia disambut di peringkat antarabangsa saban tahun pada tanggal 10 Disember bagi memperingati proklamasi dan dukungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) pada 10 Disember 1948.
Kami ingin meraikan sumbangan besar barisan aktivis dan pembela hak asasi manusia dalam kesungguhan mereka untuk terus mempertahankan dan melindungi hak asasi manusia serta cabaran yang dihadapi mereka dalam lingkungan perjuangan Kebebasan Bersuara (FOE).
Pada tarikh ini kami berhasrat untuk memartabatkan usaha, kesungguhan, dan keberanian barisan aktivis ini serta mengiktiraf cabaran yang masih wujud dalam mengekang hak-hak asasi kita semua.