PAMERAN 60 TAHUN MUZIUM NEGARA: SATU RETROSPEKTIF

PAMERAN 60 TAHUN MUZIUM NEGARA:
SATU RETROSPEKTIF

31 0gos 2023 – 31 Oktober 2023
Dewan Tengah, Muzium Negara

Pameran in merupakan terjemahan perkembangan sepanjang enam dekad Muzium Negara ditubuhkan dari tahun 1963 hinggalah tahun 2023. Pameran in akan memaparkan perkembangan Muzium Negara dari aspek pengurusan dan permuziuman iaitu pameran, penyelidikan, pendidikan dan pengembangan, pentadbiran, penerbitan dan sebagainya bagi setiap dekad dan beberapa pameran unik dan blockbuster yang pernah diadakan di Muzium Negara. Pameran-pameran tersebut ialah Pameran Tinju (1975), Pameran Durian (1986), Pameran Masyarakat dan Ular (1989), Pameran Khazanah Dari Kubur (1990), dan Pameran Terokai Hantu: Mister dan Budaya
(2002). Koleksi-koleksi menarik yang dipamerkan ialah seperti set kasut dan seluar tinju milik Muhammad Ali, sarung tinju Lionel Rose dan spesimen Ayam Pegar yang merupakan antara koleksi spesimen terawal yang dipamerkan di Balai Ilmu Kejadian Muzium Negara.

Event Dates

Venue

For Enquiries

Scroll To Top