Opening Reception: Transit 3×3 (MARS)

opening

Opening Reception: Transit 3×3 –

Transit 3×3 adalah sebuah pameran seni berkumpulan yang menggunakan format 3 kaki x 3 kaki sebagai ukuran karya.

Pameran ini disertai oleh 28 orang seniman pelbagai peringkat usia dari seniman ternama sehingga kepada seniman muda.

Dianjurkan oleh Malaysian Art Archive & Research Support atau singkatannya MARS, pameran tahunan ini bertujuan untuk menjana dana bagi menampung kos operasi, dokumentasi dan aktiviti-aktiviti yang diselenggarakan oleh MARS sepanjang tahun.

MARS merupakan sebuah pusat sokongan kajian yang mengumpul, menyimpan dan mengarkib terutamanya bahan cetakan berkaitan dengan seni visual dan seni halus di Malaysia bagi kegunaan pengkaji, pelajar dan badan-badan yang berminat.

MARS merancang untuk mewujudkan ruangan fizikal di Kuala Lumpur, mengumpul bahan-bahan yang berkaitan dan menyelesaikan proses dokumentasi serta penyuntingan data.

Event Dates

Venue

Website

Scroll To Top