RINGKASAN KELAS
- Ideasi dan proses kerja pengukiran
- Bagaimana untuk kekal dalam industri seni kontemporari sebagai seorang pengukir
- Penjelasan mengenai simposium dan residensi pengukiran
- Cabaran semasa dan pelan masa depan sebagai seorang pengukir
NOTA PENTING
- Kelas akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia
- Sesuai untuk pelajar dan pemula
- Luaskan pengetahuan dan minat anda dalam seni ukir kayu dan bagaimana untuk menggembangkan kerjaya anda sebagai seorang artis
LATAR BELAKANG ARTIS
Anniketyni Madian adalah seorang artis pengukir kayu dari Sarawak yang memulakan kerjaya seninya pada tahun 2008. Dengan menggunakan reka bentuk dan corak tekstil Pua Kumbu sebagai titik permulaan dalam karyanya, beliau bijak menggabungkan warisan dan budaya menjadi visual estetik moden.