Melangkah Ke Dunia Ukiran Kayu bersama Adiguru Norhaiza Noordin

RINGKASAN KELAS

  • Belajar cara pembuatan Pipit Teleng Terengganu (sejenis hulu keris)
  • Jenis-jenis ukiran dan motif
  • Falsafah dan adat-adat dalam pertukangan kayu
  • Peralatan yang digunakan untuk membuat dan mengukir hulu keris
  • Tips pemilihan kayu
  • Demonstrasi proses, teknik dan peralatan yang digunakan

NOTA PENTING

  • Kelas akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia
  • Sesuai untuk pelajar dan pemula
  • Luaskan pengetahuan dan minat anda dalam seni ukir kayu

LATAR BELAKANG PENGGIAT SENI

Encik Norhaiza bin Noordin merupakan seorang pengukir kayu tradisional yang tersohor di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Gaya ukirannya unik dan mempunyai identiti tersendiri. Berdasarkan minat yang mendalam dalam bidang ukiran kayu, beliau telah mempelajari dan mendalami bidang ini dengan berguru kepada seramai enam orang pengukir kayu tersohor di Negeri Kelantan dan Terengganu.

Scroll To Top