Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971: Sebuah Simposium Pasca 50 Tahun

Orang ramai dijemput untuk menyertai acara “Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971: Sebuah Simposium Pasca 50 Tahun” yang bakal berlangsung hujung minggu ini, 11-12 Disember 2021 bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya.

Acara akan diadakan secara fizikal dan juga dalam talian sekaligus. Oleh kerana tempat adalah terhad bagi pematuhan SOP, mereka yang ingin hadir secara fizikal perlu mendaftarkan kehadiran di sini: https://bit.ly/3DFzF1f

Acara ini juga boleh diikuti secara dalam talian melalui laman Facebook rasmi Pusaka, Svara dan Cendana. Perbincangan akan berlangsung dalam tiga sesi, dan disertai oleh barisan pembicara seperti berikut:

1. Prof. Mohd Anis Md Nor—Pengarah Urusan, Pusat Kajian Seni Persembahan Nusantara
2. Dr. Maszlee Malik—mantan Menteri Pendidikan
3. Dr. Welyne Jeffrey Jehom—Pensyarah Kanan, Jabatan Antropologi & Sosiologi, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya
4. Prof. Muhammad Haji Salleh—Sasterawan Negara
5. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican—Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, ISTAC-IIUM
6. Dr. Roslina Ismail—Timbalan Dekan Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya
7. Salehuddin Md Salleh—Timbalan Ketua Pengarah, JKKN
8. Elizabeth Cardosa—Pendukung Budaya Warisan
9. Adil Johan—Felo Penyelidik, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM
10. Muzzamer Rahman—Pengarah Filem
11. Zamzuriah Zahari—Dekan Fakulti Tari ASWARA

Moderator: Eddin Khoo & Teo Lee Ken

Event Dates

Venue

Website

Tickets

Scroll To Top