Jejak Seni Bandar Segamat

Program Bengkel Jejak Seni Bandar Segamat akan diadakan di Segamat pada 10-11 Disember 2021. Bengkel seni bersempena Festival Bitara Seni Kita 2021 dan Segamat dipilih mewakili zon selatan.

Bengkel yang akan dipandu oleh Segamat Street Art Group yang dianggotai seramai 8 orang ahlinya sebagai tenaga pengajar dan 30 orang penyertaan dari anak-anak tempatan. Bengkel ini lebih fokus memberi tarikan warisan kepada penduduk setempat melalui mural yang akan dilukis pada bidai kayu, penghalang matahari yang lazimnya dipasang dihadapan premis perniagaan.

Bengkel mural ini menggunakan medium cat minyak dan spray. Sesi bengkel melukis selama 2 hari dengan menggunakan medium yang berbeza.

Kerja-kerja melukis mural diatas bidai ini akan dijalankan di Hub Majlis Belia Segamat yang terletak di Jalan Kolam Ayer. Lukisan mural ini akan menggambarkan keunikan dan tarikan di Bandar Segamat.

Event Dates

Venue

Website

Tickets

Scroll To Top