Persembahan ini telah dicalonkan dalam kategori “Pelakon Utama Terbaik” di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18. Ia telah dipersembahkan buat julung kalinya pada Mei 2022 di IGNITE Solo Performance Festival 2022 dan juga telah dipersembahkan di Pulau Pinang.
Persembahan yang sepenuhnya menggunakan teks novel dalam Bahasa Melayu, dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris ini adalah sebuah adaptasi daripada novel Sasterawan Negara, A. Samad Said bertajuk Hujan Pagi. Ia adalah sebuah persembahan solo menampilkan Zul Zamir, yang akan memainkan watak dua beradik iaitu Lokman dan Lajis.
Lokman merupakan seorang wartawan zaman pra-merdeka yang seterusnya menduduki kerusi editor di sebuah akhbar berbahasa Melayu. Kecewa dengan perubahan dan kemelesetan industri surat khabar, dia tergelinicir ke dalam dunia halusinasi di mana dia mengetuai Hujan Pagi, sebuah surat khabar yang menentang dan melawan penjajah British dan memelihara maruah bangsa Melayu, dalam dunia lainnya. Dia sendiri akhirnya menemukan pewaris untuk meneruskan legasinya.
Dalam dunia sebenar, adiknya iaitu Lajis cuba menyiasat punca keadaan Lokman itu, dan seterusnya menyingkap beberapa misteri yang membuatkannya mempersoalkan identiti dirinya sendiri.
Nominated for “Best Actor In A Leading Role” at the 18th BOH Cameronian Arts Awards, it was premiered in May 2022 at the IGNITE Solo Performance Festival 2022 , and has since toured Penang.
Performed entirely in the original Malay text, with surtitles in English, this adaptation is based on Malaysian National Laureate A. Samad Said’s novel “Hujan Pagi”. It is a solo play featuring Zul Zamir, who plays the roles of the two brothers Lokman and Lajis.
Lokman started as a pre-war journalist and subsequently became the editor of a Malay daily. Disheartened by the changing and declining news industry, he slipped into a hallucination where he leads Hujan Pagi, a fearless and leading newspaper that fights the British colonizer and protects the Malay dignity, in a different world. He even found the right successors to continue his legacy.
In the real world, his younger brother Lajis tried to investigate the cause of Lokman’s condition, and unwittingly discovered a string of mysteries that got him to question his own identity…
This 60-minute adaptation of the original novel over 400 pages long with many characters and multiple subplots will focus on Lokman’s mental struggle and Lajis’ attempt to uncover the mysteries.
Cast & Creative Info
Produced by: KL Shakespeare Players
Directed by: Lim Kien Lee
Script by: Lim Kien Lee & Zul Zamir
Featuring: Zul Zamir
Projection: Lim Kien Lee
Advisory Info
Penonton Sasaran
Sekolah Menengah dan ke atas
Durasi
60 minit + Q&A (15 min)