GERAK RUPA UBUR PENYATAAN 1958 – 1973
29 October 2017 – 25 Feburary 2018
Level 5
Curator’s Tour on 2 December 2017 at 3PM
What does it mean to be modern? What shapes a modern experience? How did this experience in post merdeka Kuala Lumpur give rise to a new way of representing the world in painting?
The exhibition Gerak Rupa Ubur Penyataan 1957 – 1973 traces the emergence of modern art as a cultural phenomenon in Malaysia in the 1960s through the early works of seven modern artists. These seven artists, Anthony Lau, Cheong Laitong, Ibrahim Hussein, Jolly Koh, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, and Yeoh Jin Leng, participated in GRUP, a seminal exhibition which was held in Kuala Lumpur in 1967. They are today recognised as pioneers of modern art in Malaysia. These artists, though distinct in their stylistic approaches and aesthetic philosophies, can be viewed as part of a collective force that sought to express a modern sensibility through visual means.
This modern sensibility was best expressed in the 1967 exhibition title, GRUP, which is the acronym in the Malay language for the keywords Gerak Rupa Ubur Penyataan. Translated as Movement, Form, Torch and Statement, the title refers to qualities that were central to the exhibition in 1967. Significantly, these terms spoke of a common ground and the ambition of a new generation of artists, newly returned from abroad, to shape a modern aesthetic in their art.
The GRUP exhibition was held in March 1967 at AIA Building on Jalan Ampang, a 30 storey corporate high-rise completed just two years before in 1965. The building marked the beginning of new architectural developments that would forever alter Kuala Lumpur’s skyline. In a sense, the formal innovations in modern painting were commensurate with the urban developments that were occurring in Kuala Lumpur in the 60s.
Gerak Rupa Ubur Penyataan 1957 – 1973 which will present key representative artworks by the seven GRUP artists from 1957 – 1973 is also an exhibition about the arts infrastructure — art spaces, art groups, art schools, art institutions, corporate and private patrons — that developed during this period. The exhibition aims to give audiences a sense of the larger cultural system and institutions that facilitated the growth of modern art in Malaysia in the 1960s.
—
GERAK RUPA UBUR PENYATAAN 1957 – 1973
29 Oktober 2017 – 25 Feburari 2018
Tingkat 5
Lawatan kurator pada 2 Disember 2017 pada jam 3 petang
Apakah erti menjadi moden? Apakah yang membentuk pengalaman moden? Bagaimanakah kemodenan ini membuka jalan baru kepada representasi dunia menerusi catan di dalam era pasca merdeka Kuala Lumpur?
Pameran Gerak Rupa Ubur Penyataan 1957 – 1973 menjejak kembali fenomena budaya seni moden di Malaysia pada tahun 1960an melalui karya-karya awal tujuh orang artis moden. Mereka adalah, Anthony Lau, Cheong Laitong, Ibrahim Hussein, Jolly Koh, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, dan Yeoh Jin Leng, yang bersama-sama menjayakan GRUP, sebuah pameran seni terpenting di Kuala Lumpur pada tahun 1967. Kini mereka dikenali sebagai pelopor seni moden Malaysia. Walaupun perbezaan gaya dan pendekatan falsafah estetika yang ketara, mereka dilihat sebagai gelombang yang mencetus ekspresi kepekaan moden melalui perantaraan visual.
Kemuncaknya dapat dilihat pada tahun 1967, di sebuah pameran bertajuk GRUP, akronim kepada Gerak Rupa Ubur Penyataan, merujuk kepada kualiti-kualiti yang menjadi tunjang kepada pameran ini. Secara langsung, istilah-istilah ini menjadi asas dan cita-cita kepada artis-artis generasi baru, sekembali dari luar negara, untuk membentuk estetika moden dalam seni mereka.
Pameran GRUP berlangsung pada bulan Mac 1967 di Bangunan AIA, Jalan Ampang, sebuah bangunan korporat setinggi 30 tingkat yang disiapkan dua tahun sebelum 1965. Bangunan ini menandakan perkembangan baru seni bina yang selamanya mengubah latar langit Kuala Lumpur. Inovatif formal di dalam catan moden setara dengan pembangunan urban yang berlaku di tahun 1960an Kuala Lumpur.
Gerak Rupa Ubur Penyataan 1957 – 1973 akan mempersembahkan karya-karya utama oleh ketujuh-tujuh artis GRUP dari tahun 1957 – 1973 dan juga sebuah pameran mengenai infrastruktur seni — ruangan seni, kelompok seni, sekolah seni, institusi seni, korporat dan penaung persendirian — yang terbentuk dalam tempoh tersebut. Pameran ini bertujuan untuk memberi konteks terhadap sistem budaya yang meluas dan fasiliti sokongan yang membantu pembangunan seni moden Malaysia pada tahun 1960an.