Forum Nusantara Bergerak

forum

Asal Nusantara diambil dari dua perkataan jawa iaitu Nusa yang bermaksud pulau, manakala Antara bermaksud lain. Penggunaan kata ini tepat bagi menggambarkan kepulauan Melayu yang berkelompok antara dua lautan dan negara-negara lain.

Dalam fahaman kita hari ini, Nusantara adalah suatu lingkungan budaya dan linguistik orang-orang Melayu dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Filipina, malah ada yang besetuju sehingga ke Taiwan.

Lingkungan yang terjalin dari penguasaan bahasa dan linguistik yang sama menjadikan kita terus bersama-sama hidup di dalam satu rumpun Nusantara atau disebut juga Alam Melayu ini. Charles A. Ferguson ketika mentaktifkan ‘bahasa maju’ menulis,

“Bahasa mampu digunakan sebagai alat untuk mengungkapkan “modern form of discourse”, maksudnya idea, ilmu, dan pemikiran ‘moden’. Bahasa itu sudah boleh menterjemahkan isi pemikiran atau ‘ilmu moden’ daripada bahasa yang sudah maju- yakni maju daripada fungsinya.

Bagi menerus dan memperkuatkan jalinan serumpun ini, kami bawakan forum NUSANTARA BERGERAK. Untuk siri yang pertama ini kita akan mengupas topik “Nusantara yang tandingan, yang gandingan dan yang tandingan.” Siri pertama ini akan kita anjurkan di Malaysia, dan seterusnya akan bergerak ke negara-negara serumpun yang lain.

FORUM NUSANTARA BERGERAK
Tarikh: 7 Oktober 2018
Masa: 10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Gerakbudaya, Petaling Jaya

Ahli panel:

1. Dr. Faizal Musa (Faisal Tehrani)
Tajuk kupasan: Salafisasi Islam di Alam Melayu dengan Tumpuan Malaysia

Dr. Mohd Faizal Musa (Faisal Tehrani) adalah Felo Penyelidik di Institut Tamadun Melayu dan Dunia (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang penyelidikan beliau sekarang menggunakan pendekatan hak asasi manusia mengenai agama minoriti dengan rujukan khusus kepada penganut Syiah dan Ahmadiyah, dan Hak Asasi Manusia dalam Sastera Melayu.

2. DR. PRADANA BOY ZULIAN
Tajuk kupasan: Makna Menjadi Nusantara: Dulu, Kini, Esok

Dr. Pradana Boy Zulian pakar dalam bidang teori hukum Islam dan pemikiran serta pemikiran Islam kontemporari. Selain Hukum Islam, minatnya termasuk sejarah Islam, falsafah Islam dan kajian keagamaan. Beliau juga merupakan pengerusi Gerakan Pemuda Muhammadiyah untuk Jawa Timur di Indonesia.

3. DR. AZHAR IBRAHIM
Tajuk kupasan: Haji Misbach: Tandingan Yang Terlupakan

Dr. Azhar Ibrahim adalah Timbalan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Tumpuan kajian beliau adalah sosiologi sastera, teologi sosial, wacana kebudayaan, peradaban dan pemikiran Islam, serta minat dalam hal-hal literasi kritis dan pembangunan intelektual Melayu. Beliau telah selesai menamatkan kajian pasca-doktoral di Fakulti Teologi, Universiti Kopenhagen, Denmark dan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada 2009-2011.

Moderator: Asri Yussof

Anjuran:
-Gerakbudaya, Petaling Jaya
-Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS)
-Pusat Studi Islam dan Filsafat, Universiti Muhammadiyah Malang, Indonesia

MASUK PERCUMA
*daftar di sini, https://goo.gl/forms/MKu7VRhkRJbLyL7F3

Event Dates

Venue

Website

Tickets Link

Scroll To Top