Forum: Adakah Seni Akan Pupus Tanpa Dana Kerajaan?

Forum: Adakah Seni Akan Pupus Tanpa Dana Kerajaan?

Seni adalah wadah untuk manusia mengekspresikan unsur-unsur keindahan, idea, gagasan dan perasaan yang dimilikinya dalam apa jua bentuk yang nyata melalui pelbagai medium. Dalam dunia moden hari ini, persoalan tentang eksistensi seni dilihat tidak terlepas dengan persoalan tentang berapa banyak dana yang disalur oleh kerajaan.

Oleh itu, Roketkini.com terpanggil untuk menganjurkan forum “Adakah Seni Akan Pupus Tanpa Dana Kerajaan?” bagi merungkai persoalan berkenaan. Selain itu, forum ini juga ingin membawa dan menghidupkan semula wacana tentang seni di ruang awam.

Adakah seni mampu mandiri tanpa bantuan dan dana daripada kerajaan? Atau seni, hari ini, masih perlu terus mengharapkan bantuan dan dana kerajaan?

Untuk itu Roketkini.com membawakan para panelis yang mempunyai kepakaran masing-masing untuk melontarkan pandangan mereka berkenaan topik berkenaan.

Ahli Panel:

1. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim
2. Kartunis/Aktivis, Zunar
3. Pemuzik, Takahara Suiko
4. Pengarah Filem, Al Jafree Md Yusop
5. Penggerak Seni, Nur Hanim Mohd Khairuddin
6. Penulis/Penerbit, Hafiz Hamzah

Moderator: Syahredzan Johan

Ucaptama: Sasterawan Negara, Dato’ Sri A. Samad Said
Ucapan alu-aluan: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang

Kemasukan percuma. Semua pihak dijemput hadir.

Event Dates

Venue

Website

Scroll To Top