Bengkel Lukisan Pasu Terracotta bersama Salina Arifin

Bengkel Lukisan Pasu Terracotta bersama Salina Arifin. Cikgu kita kali ini merupakan seorang artis kelahiran Batu Pahat, Johor. Memiliki hobi bercucuk tanam dan mendekorasi bunga-bungaan di halaman rumahnya. Sangat meminati bidang pendidikan.

Beliau telah menghabiskan masa hampir 10 tahun tahun menimba ilmu secara formal di dalam bidang seni halus. Pendidikan pertamanya adalah di UiTM Sri Iskandar, Perak. Seterusnya di UiTM Shah Alam, major di dalam Seni Arca dan minor dalam Seni Cetakan.

Mendapat sijil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Halus & Studio pada 2009 di UiTM.

Bagi Salina, menjalankan bengkel seni itu lebih menarik berbanding berkarya secara solo. Kerana bengkel seni banyak merangsang komunikasi dan kerjasama antara masyarakat. Ini tidak pelik, kerana beliau sendiri adalah seorang ahli seni yang menyukai karya-karya interaktif.

Jika karya solo itu memiliki suaranya yang tersendiri dan bersifat personal. Tetapi untuk bengkel seni, karya itu dilakukan secara bersama-sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan atara sesama manusia.

Projek Light merupakan sebuah inisiatif lanjutan daripada program Art In The City oleh CENDANA dengan kerjasama Think City untuk menghidupkan bandar dengan seni awam dan persembahan. Program ini dijadualkan untuk berlangsung dengan pemasangan seni awam dan persembahan yang telah dikurasi di Butterworth, Ipoh, Melaka, Batu Pahat dan Kuching.

Event Dates

Venue

Website

Tickets

Scroll To Top