RINGKASAN KELAS
- Pengenalan dan latar belakang Gambus Padang Changkat
- Kandungan asas struktur persembahan kumpulan
- Asas pengenalan permainan muzik gambus
- Asas pengenalan tarian gambus dan gerak-gerak asas
NOTA PENTING
- Kelas akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia
- Sesuai untuk pelajar dan pemula
- Luaskan pengetahuan dan minat anda dalam seni dan persembahan gambus
LATAR BELAKANG PENGGIAT SENI
Mohd Radzi Othman menggerakkan Kumpulan Seni Warisan Gambus Padang Changkat, sebuah kumpulan kesenian tradisional yang wujud sekitar tahun 1970an di negeri Perak. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai kumpulan tari kerana persembahan utamanya menyajikan tarian gambus dengan iringan sebuah ensemble atau orkes muzik gambus. Beliau juga seorang guri tari, jurulatih, penari, dan pemain muzik dalam kumpulannya.