LA COSA NOSTRA BAKAL MEMBUKA TIRAI
Merupakan sebuah pementasan teater anjuran Kelab Teater Windira USM dengan sokongan MyPenang Creative dan juga Penang State Goverment iaitu hasil karya Athilla D’Hun dan arahan Dr Andika Aziz Hussin.
La Cosa Nostra yang akan membawa penonton kembali ke zaman Itali era akhir 19 dan awal 20an mengisahkan tentang kekuasaan wang seringkali dijadikan tuhan yang disembah manusia sanggup melakukan apa apa sahaja demi cita – cita. Vito adalah pemuda yang dilahirkan dalam masyarakat miskin lantaran kehidupan sedemikian telah membentuk dirinya untuk menjadi seorang penjenayah jalanan. Dengan bantuan rakannya Lucky, Vito telah terjebak ke kancah dunia mafia yang penuh hiprokrasi dan dendam. Untuk mengetahui kisah Vito dengan lebih lanjut di dalam dunia La Costra Nostra, jom saksikan pementasan ini pada
11,12 dan 13 November 2022
8.30 PM
Pelinggam Cahaya USM