Mengimbau Evolusi Lanskap Muzik di Malaysia bersama Dato’ Johari Salleh

RINGKASAN KELAS

  • Latar belakang, sejarah muzik dan pengalaman Dato’ Johari dalam era dibawah naugan Alfonso Soliano dan Jimmy Boyle
  • Pelan-pelan Ketua Unit Muzik DBKL untuk memperkenalkan nafas baru ke dalam program-program DBKL

NOTA PENTING

  • Kelas akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Sesuai untuk pelajar dan pemula
  • Luaskan pengetahuan dan minat anda dalam sejarah muzik Malaysia serta usaha memperkukuhkan industri

LATAR BELAKANG PENGGIAT SENI

Dato’ Johari Salleh

Dato’ Johari Salleh adalah seorang pengarah muzik dan komposer tanahair yang tersohor. Bermula sebagai Pemuzik Tetap Radio Malaya pada tahun 1961, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Muzik RTM dari tahun 1976 sehingga 1982. Beliau juga merupakan salah seorang pelopor kepada Orkestra RTM. Beberapa karya simfoni Dato’ Johari pernah dipersembahkan oleh kumpulan orkestra dan ensemble di beberapa buah negara.

Kuala Lumpur Big Band

Sebuah kumpulan swing band dibawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Scroll To Top