Pelajari gaya-gaya lakonan untuk teater dan di layar, serta kaedah melakonkan monolog.
RINGKASAN KELAS
- Pelajari gaya lakonan teater dan di layar
- Ketahui unsur-unsur drama
- Apa itu monolog dan bagaimana untuk melakonkannya
NOTA PENTING
- Kelas akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia
- Sesuai untuk pelajar dan pemula
- Luaskan pengetahuan dan minat anda dalam seni lakonan sama ada untuk teater ataupun di layar
LATAR BELAKANG ARTIS
Adlin Aman Ramlie terkenal sebagai seorang pelakon dengan wataknya sebagai Sultan Mahmud Shah dalam filem Puteri Gunung Ledang. Beliau mula menceburi industri seni negara semenjak tahun 1990 lagi dan aktif dalam pelbagai bidang seni seperti teater, dan TV dan filem, serta sebagai seorang penulis skrip, pengarah, pengacara, pelawak, dan pengkritik persembahan.