‘Alternatif’ adalah istilah yang merujuk kepada semua sesuatu (unsur, elemen, bahan, media, energi dan lain-lainnya) yang digunakan dengan bertujuan untuk menggantikan sesuatu yang konvensional tanpa/akibat yang diharapkan atau tidak diharapkan dari hal tersebut.
Tidak dapat dinafikan dalam penyelidikan berasaskan seni kreatif dalam konteks penyelidikan studio atau practice-based research, seseorang pengkarya akan mengalami pembangunan kualitatif atau kuantitatif yang sangat aktif dengan kepelbagaian pembinaan bentukannya. Istilah-istilah seperti kajian etnografi, fenomenologi, hermeneutik, subjektif, interpretif, humanistik, dan kajian kes timbul kerana penekanan pandangan yang membezakan prinsip mereka dengan prinsip yang lainnya.
Kemunculan berbagai usaha dan bentukan alternatif semacam sebuah “kolaborasi” pendekatan sebagai ‘mode’ yang wujud sekitar tahun 1996/1997. Bersama itu pula seni lukis konvensional dengan berbagai gaya telah menghiasi galeri-galeri di Malaysia, yang bukan lagi sebagai bentuk apresiasi terhadap masyarakat, tetapi merupakan sebuah usaha inventasi/penciptaan bagi alternative tersebut.
Istlah “SUB” diambil dari singkatan perkataan Inggeris iaitu ‘Substitute’ yang sinonim maksudnya dengan perkataan alternatif. Pameran ‘SUB’ memilih galeri alternatif Titikmerah Kolektif untuk mempamerkan karya tunggal mereka dengan alasan ingin menjangkau apresiasi yang lebih luas. Selain makna yang disandang, ‘SUB’ juga menjadi siknifikan dengan cara penghasilan karya-karya yang memfokuskan penggantian bahan dan medium yang biasa digunaan dalam penghasilan karya.
Pameran “SUB” memperlihatkan idea kreatif kurator muda Saudara Ammar Idris yang mempamerkan sebanyak 12 buah karya dari 12 orang pengkarya muda yang sedang meningkat nama dalam industri kreatif Negara seperti KB Aziz, Hasbi Hazairin, Parahana Firdaus, Luqman Rosnan, Aliff Nazreen dan lain-lainya.