(Overall view of musical theater scene in Malaysia)
Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong.
Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan. Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa. Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong.
Tentang Teater Maya Muzikal Remaja Dan Kanak-Kanak 2022
- Dibarisi oleh sebahagian besar pelakon remaja dan kanak-kanak
- Dijayakan oleh 100% usaha para ibu bapa pelakon dan krew
- Hampir 2 tahun pembikinan tertangguh akibat Covid-19 (pementasan terakhir pada Disember 2019)
- Latihan dan lakonan dilakukan sewaktu PKP dan mengikut SOP
- Dengan kerjasama JKKN Negeri Sembilan