Revolution Stage

REVOLUTION STAGE merupakan kumpulan yang aktif sejak 2006 hingga kini, namun ianya didaftarkan semula atas nama PERTUBUHAN PENTAS REVOLUSI (PPR) bersama graduan – graduan seni persembahan gabungan daripada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) antaranya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Teknologi Mara (UITM) pada awal tahun 2014. Atas kesedaran dan kecintaan terhadap seni budaya dan warisan negara, maka PPR dijadikan platform dan medan anak – anak muda melahirkan karya- karya bermutu bukan sahaja untuk kelompok penikmat seni malah kepada khalayak umum.
Secara tidak langsung, graduan-graduan yang menerajui PPR telah melibatkan diri ke peringkat yang lebih professional. Selain itu, PPR juga turut bersama memeriahkan lagi Industri seni tanah air dalam bidang teater. Dengan pengalaman selama menuntut di IPT masing-masing dan pengalaman yang dikutip daripada produksi-produksi luar, pengurusan pertubuhan diuruskan dengan lebih sistematik dan terkawal.

OBJEKTIF
Penggerak PPR terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai fokus serta matlamat untuk membawa pemikiran baru yang lebih efektif dan dinamik kepada khalayak umum melalui corak persembahannya.
Objektif penubuhan PPR adalah seperti berikut :-
⧐ Sebagai platform kepada belia untuk mempersembahkan hasil kreativiti mereka membawa nafas baru dalam industri seni persembahan dengan naskhah – naskhah serta program – program yang berdimensi baru.
⧐ Menukar persepsi umum terhadap seni persembahan yang hanya dilihat sebagai hiburan semata-mata.
⧐ Memastikan yang teater boleh bergerak seiring dengan kemajuan ekonomi negara.
⧐ Membuka peluang pekerjaan, terutama kepada golongan belia.
⧐ Menarik masyarakat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan kaum untuk meminati seni persembahan.
⧐ Menjadi plaform bagi artis-artis tempatan yang berminat untuk melakukan pementasan teater.

MISI
“Menjadi pelopor kepada seni persembahan yang berdimensi baru”
Ini dapat direalisasikan dengan kepelbagaian idea dan citarasa yang berpunca daripada pelbagai latar belakang hidup dan pembelajaran penggerak PPR.
VISI

VISI
“Untuk mengiktiraf PPR sebagai satu kumpulan / organisasi yang mengangkat seni persembahan ke dimensi yang baru”
Ini dapat dicapai dengan pementasan – pementasan teater pelbagai bentuk yang mempunyai nilai-nilai estetikanya tersendiri yang menjadi teras kepada naskhah-naskhah yang dipentaskan oleh PPR.

KEPAKARAN
PPR menawarkan kepelbagaian perkhidmatan dalam seni persembahan pentas. Kepakaran PPR bukan sahaja dalam pengkhususan teater tetapi dalam apa jua seni persembahan pentas termasuk muzik, tarian penulisan kreatif dan penerbitan buku serta filem dan cabang-cabang seni yang lain.
PPR dibantu oleh penggerak / penggiat berpengalaman dalam bidang masing-masing dan daripada pembelajaran semasa diperingkat universiti, serta dengan kerjasama daripada rakan-rakan daripada bidang-bidang seperti muzik, tarian, filem dan sebagainya.
Selain pementasan teater, muzik dan tarian, PPR juga mengadakan bengkel lakonan dan asas teater yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing – masing. ‘Creative Team’ PPR juga bergerak berdasarkn projek-projek luar, selain ‘in house’ projek yang dilakukan.+6010-7603101

 

Emel : [email protected]
Twitter : @RevolutionStage
Facebook : Revolution Stage
Laman web : www.revolutionstage.com
Alamat : 5-11. One Avenue,
Dataran Pelangi Utama,
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Address

Venue Website

Getting There

Open Google Maps Drive with Waze
Scroll To Top