Event

Diari Wanita… Episod Kak Ani & Nyonya

Share this:

Dua cerita,
Dua negara,
Satu pengarah,

 

Teater Diari Wanita terbitan CTRA Production dan diarahkan oleh Rosminah Tahir ini adalah gabungan cerita Kak Ani(Malaysia) dan Nyonya (Indonesia). Disampaikan secara humor, persembahan yang menjanjikan penonton tidak kering gusi ini turut penuh dengan emosi dan ada kesedihan yang tersendiri. Memperlihatkan perjuangan hidup wanita di dua negara yang terpaksa berhadapan dengan laluan hidup sukar kerana cabaran tertentu.

Kisah Kak Ani mengangkat kisah benar kehidupan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, YB Dato Sri Rohani Abdul Karim dari zaman kecilnya hingga berjaya menjadi seorang menteri. Beliau adalah anak Tukang Cuci (ibunya) dan Tukang Masak (bapanya) hidup seperti kanak-kanak biasa pada zaman awal kemerdekaan yang penuh dengan kesusahan.

Kak Ani melakukan banyak kerja untuk hidup seperti membantu ibunya menjadi Tukang Cuci di rumah ‘mat salleh’ tetapi dalam masa yang sama sangat minat untuk belajar dan menjejakkan kaki ke universiti. Banyak lagi kisah menarik yang akan dipaparkan dalam teater berbentuk monolog ini.

Kisah Nyonya pula ditulis dengan cara komedi tetapi. Beliau ‘berperang’ dengan Tuan, seorang saudagar antik, yang mengambil kesempatan semasa suami Nyonya terlantar di hospital akibat kanser lidah untuk membeli harta Nyonya.

Dari batu mamar di perkarangan rumah hingglah meja makan, tempat tidur dan beliau akhirnya ingin membeli betis dan lutut Nyonya. Pada masa yang sama, Nyonya berhadapan dengan anak saudara suaminya iaitu Keponakan Anggun, Keponakan Beautiful dan Keponakan Cantik yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut untuk membunuh Nyonya. Macam-macam peristiwa dan tipu muslihat dilakukan antara mereka bagi mencapai cita-cita.

Saksikan aksi Sherry AlHadad, Amy Mastura, Misha Omar (13-16 Feb 2015), Nad Zainal, Juhara Ayob, Sharulmizad Ashaari, Zera Hariz (11-12 Feb 2015) dan Dayang Kartini dalam teater Diari Wanita.

**NOTA PENTING: Jadual watak Keponakan Cantik:
11 – 12 Februari 2015 (Zera Hariz)
13 – 16 Februari 2015 (Misha Omar)

Poster (click to display full-size)


Details

Genre
No Categories
Venue
Istana Budaya
Location
Istana Budaya, Jalan Tun Razak 50694 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Ticket Fee

Schedule

11 Feb 2015 until 16 Feb 2015
8:30 pm

About Us

At Kakiseni, it's about believing that good things should be shared. We are convinced more people should have access to the performing arts and we are certain that when people get together to have the same conversation, it makes for an enriching experience.

[View More]

Contact & Feedback

captcha  

Copyright 2010 - 2017 Kakiseni. Designed by Tricor Senedi